Aku dan kawan2 seangkatan yang ambil Master 2nd year sekarang busy sungguh. Busy buat thesis, yang tak dapat result cantik (aku la tu) juga busy kejar deadline. Dunia....busy sokmo.
Aku di lab buat research, balik sambung taip thesis. Komp lab dah nazak. Dah tak reti multi tasking. Takleh nak sambil ber-research, sambil tulis thesis (sementara tunggu kekka (result) programming keluar).
Sambil taip thesis, kadang2 aku dengar lagu, or dengar drama, apa2 lah. Meneman biar mata ni segar bugar menyiapkan thesis.
Tadi, digerakkan tangan ni membelek laman youtube. Dari satu link ke satu link. Tersinggah ke satu link video ni. Alhamdulillah. Malam ni Allah temankan aku buat thesis dengan ceramah yang menyentuh emosi dan sanubari aku. Sambil2 taip formula2 berterabur tu, kadang2 terhenti untuk gelak, terhenti berfikir sejenak.
Ade la peristiwa2 yang menimpa aku belakang2 hari, yang membuatkan aku tersentak bila dengar video ni. Tak pelah, peristiwa2 yang aku lalui tu tak penting. Yang penting sekarang, aku nak korang semua dengar ceramah ustaz ni. Dah pernah dengar pon dengar lagi sekali.
Aku macam dah pernah dengar or ade orang cerita ape yang ustaz ni cerita, pada aku. Tapi bile dengar kali ni memang lain. Huhu.... dengar lah ye. Tak lame pon 14 kali 10minit. 2 jam lebey saje.
"Kenapa Allah tak ciptakan semua Muslim kemudian masukkan semua ke dalam syurga. Atau cipta semua bukan Muslim kemudian masukkan semua ke neraka. Itu baru adil!" - fikirlah. Kenapa. Kenapa agaknye.
"Kalau ditakdirkan saya mati dalam keadaan saya tak berIman kepada Allah, saya akan tuntut semua orang Islam di hadapan Allah. Dan saya akan bagitau Ya Allah, Engkau bagi Islam kepada mereka, Engkau bagi Iman kepada mereka, Engkau menggelarkan mereka Khairul Ummah. Tapi tak ada seorang pun daripada Khairul Ummah ini datang kepada saya bagitau saya yang nabi sebut 'sampaikan ayat aku walaupun sepotong ayat'" - dengarkan hujah lanjut tentang ini. Yang ini memang buat aku betul2 tersentap. Sebab aku ade rakan2, aku ada cikgu2, aku ada jiran2 dan aku ada mata2 memandang yang belum Islam lagi di sekeliling aku. Gedebuk jatuh rasenye.
Dalam video ni, ustaz ni akan cerita dengan secara bestnya, berserta contoh2 dan pengalaman sendiri tentang cara untuk berdakwah. Tak banyak, sikit tapi kita boleh amalkan, insyaAllah.
"Orang Islam sendiri yang buat saya benci Islam dulu" - realiti pahit yang kita kena telan. Kat Malaysia, Islam tu seolah2 untuk Melayu sahaja. Akhlak bila kite berdepan dengan orang2 yang belum Islam ni, terkadang tak indah. Buruk. Makin menjauhkan diri mereka dari Islam.
"Sepatutnya, kita tunjukkan akhlak yang baik. Kita dah tak ada Rasulullah untuk jadi contoh terbaik untuk semua manusia. Kita sebagai pewaris Rasulullah lah yang kena ganti untuk tunjukkan akhlak yang baik itu. Biar orang tanye, kenapa kamu baik sangat. Kita jawab, kerana saya ikut Rasul saya" -Bangkit2!! Besar tugas kita ni. Action is louder than words!
Kita jangan hina, caci, maki mereka yang mahu berpaling dari Islam. Sebaliknya, kita doa kan mereka, kita terus berhubung baik dengan mereka, selalu tanya khabar mereka. Bukan sebagai tanda sokongan atas kemurtadan mereka, tapi biar mereka tahu ke mana mahu berpatah balik bila mereka sedar kebenaran Islam atau sudah bosan dengan agama baru mereka. Bila mereka dicaci, dimaki, mereka akan menjauh.
Aku paling tersentuh dengan ayat2 isteri ustaz ni. Bila Ustaz ni kata nak berhenti kerja dan aktif nak berdakwah, isterinya bersyukur dan memberi galakan. Bila ustaz kata yang akan banyak cabaran yang mereka akan hadapi (berjauhan, ancaman dan sebagainya yang mungkin sama dengan yang dihadapi oleh para sahabat), isterinya menangis. Bukan sebab takut, tapi sebab terharu dan berterima kasih kepada ustaz kerana memberi dia kesempatan merasai sedikit pengalaman yang isteri2 sahabat2 Rasulullah terdahulu alami. MasyaAllah.... teringin aku jadi seperti isteri ustaz itu. Pendorong suami ke arah kebaikan.
Lebih terkesan bila ustaz cerita, satu hari, ustaz ni baru balik kerja. Dah malam dan beliau penat. Isteri dia terus minta ustaz bersiap2 untuk pergi tolong mengIslamkan seseorang. Bila ustaz kata beliau penat dan mahu rehat sekejap, isterinya balas "Tak apalah, kita rehat di kubur nanti"
"Tak apalah, kita rehat di kubur nanti"
Mampukah aku 'berehat' ketika di kubur nanti? Astaghfirullah.....
Ganbarou!
4 maklum balas:
comot~~~~~~~~~ (T T)
pedas menusuk kalbu.. hancur luluh serpih2... lumat tak berbentuk dah.. comot.... (T T) dousyiyo~~~~
tq for sharing!! sangaaaaaat terharu!!! T____T
semoga kita diberi hikmah tuk mengubah diri sendiri dan org sekeliling kita.
hana : kan! Pedih sangat. Memang lumat jiwaku. Ganbarou... tunjuk yang terbaik. Atleast jangan sebab kita, orang pandang Islam tu buruk. huhu
niex09 : sharing is caring. selalu kena remind ourselves kan. huhu
org ada tgok gak video ney.. best wooaa.. tp part dye citer sal sejarah tu org tetido2 ==,
Post a Comment