13 October 2011

Membaca lebih buku

Mase menunggu bas di Victoria Station, London, aku sempat la menyinggahkan diri ke sebuah kedai. Asalnye nak beli air TAPI, dasar mata nampak perkataan SALE atau FREE, laju je kaki melangkah nak intai tawaran apekah yang sedang ditawarkan.

Alangkah riang melonjak sakan hatiku pabila melihatkan yang sale tu adalah novels and books. Sudahlah beberape hari sebelum tu aku bosan giler sebab takde internet. Maka, bila jumpa penghilang bosan ni, memang tak lepaskan peluang lah.

Setelah round dan round, aku tertarik dengan tag merah ni. 





Tag ni hanya available untuk buku tertentu sahaja, buku motivasi, biography and true story. Well, aku...aku...aku kan peminat cerita2 yang base on a stue story ni. Maka, aku terus grab buku yang covernye memanggil2 aku supaya mengambil beliau. Dan itu adalah buku ini


DEWEY. That's the title. Dewey the library cat. Buku ni bukan je cerita pasal Dewey, tapi tentang Spencer, Iowa dan kisah peribadi Vicki. Tapi semua yang diceritakan akan membuat kita trase kepentingan Dewey dalam kehidupan diorang. 

Ringkasnye, Dewey atau nama penuhnye Dewey Readmore Books, ni dijumpai Vicki Myron (staff Spencer Public Library) di suatu pagi yang dingin. Maka, Vicki mencadangkan agar mereka jaga Dewey. Dewey seekor kucing yang mengkagumkan. Die boleh sense orang yang tengah tension, lonely or bermasalah and die akan pergi dekat mereka. 

Dewey juga pandai posing depan camera, tak takut strangers, dan aktif. Yang kat cover buku tu, Dewey sukarela posing depan kamera tahu! Aku nak tangkap gambo kuceng2 balqis ya ampun.....kemain susah. Dewey ni, boleh pulak panjat kerusi dan posing pandang kamera. AMAZING!
video tribute to Dewey. Comel giler kan??!!!


Yang pastinye, aku menangis teresak2 membaca ending buku ni. Same macam aku tengok adegan prof. Snape dalam HP7 Part 2. Sedih wooo..... Bayangkan, Dewey hidup 19 tahun usia manusia (1987~2006). 19 tahun Dewey teman penulis iaitu Vicki. Sambut Vicki dengan lambaian depan pintu library setiap pagi. Tibe2 esoknye datang library, Dewey takde. Hilang seri, rutin berubah. Memang sedih! 

Walaupun tak pernah jumpe tapi aku sayang dan jatuh hati pada Dewey Readmore Books. Klik link untuk tahu tentang dewey. Cat lovers, anda takkan menyesal baca buku ini.

And oh! Sebagai buku percuma, aku ambil buku ini. 



Tak start baca lagi tapi aku pasti ianye sangat sedih. Tentang Lawyer menceritakan life beliau dibesarkan dengan penderaan mental dan fizikal. Boleh pulak ibu die kutuk2 die semase die kecik

"Lord, sweet Lord how come she so ugly. Ugly. Ugly"

Kecik2 dah menjatuhkan yakin diri anak. Ape punye mak daaaa.....

2 maklum balas:

shAhIdA mIdi said...

ooowwhhh dewey ni dulu penah tgk kat tv..

yana sahri said...

tv nihon?