23 February 2012

Mahu marathon from 1 to 8!

Semalam, tetiba je jumpa deleted scenes from Harry Potter and Deathly Hallows Part 1 and Part 2. And aku macam, Why oh Why???? Aku tak kesah pon andai ia berlangsung selama 3 jam setiap movie tu. Huhu... yang membaca novel ni akan dapat tahu la setiap scene yang deleted ni. Oh! Yang ni! Hah! Ade pon yang ni.

Yang tak baca novel plak, akan kate, ooohhhh...oh patutla. Eh?! ni hok mane plak ni? Hahaha!!

Apapun, mari join aku tengok. Yang ni PART1 :




1. Ron and Arthur talking
2. Petunia and Harry about Lily's death

3. Dudley and Harry (dalam movie sikit pon takde tunjuk muke dudley. Tunjuk belakang Dudley je. Patut tunjuk dalam movie yang Dudley ni takdelah benci sangat HP)

4. Yaxley at the Granger's home (One of the Death Eater gi umah Hermione Granger tapi dah kosong sebab Hermione wiped their memory of her. "Hermione put a memory charm on them and with that they took a new identity. They then left to go to australia, as that was their greatest ambition." Part Hermione wiped her parents' memory of her tu ade tunjuk dalam movie. Sedih giler kot babak tu)

5. In the Ministry of Magic (Arthur Weasley, Ron Weasley, Harry)
6. Hermione, Ron and Harry talk about Horcruxes
7. Harry and Ron chase a rabbit and fight (muke masing-masing tense abes!)
8. Hermione and Ron throwing stones (Scene Romantikusss~~ Haha!!)




PART2:

Hermione tunjuk rambut Bellatrix untuk dimasukkan dalam Polyjuice potion. And Bill terangkan akibat berjanji ngan Goblin (Harry janji nak bagi Sword of Gryffindor yang ori punye if Griphook tolong diorang masuk ke Bellatrix's Vault at Gringotts Bank. )











Pelikkan tiba2 ade scene yang mane Harry tibe2 keluar from crowd jerit2 kat Snape tu. Hehe... Ni tunjuk la sket keromantikusan Harry and Ginny



Scene pendek je. Seamus pasang something kat kaki Bridge tu so that bridge tu akan senang nak dimusnahkan bila tiba masenye. (Neville musnahkan bridge ni time kene kejar ngan Snatchers. Remember?) Tapi scene ni tak disiapkan langsung pon. Tengoklah, kain hijau, lampu2 studio tu. haha!!




Lupin and Tonks. Anak diorang Teddy dibiarkan tido dalam umah. Bagi aku, Ini scene penting~~



Dalam movie,  Slytherin kene kurung sebab diorang je yang nak serah Harry pade Voldemort . Kirenye diorang punye decision lain ngan others la. Takmo kasi dorang buat kacau (memasing penakut ngan Voldemort la katekan), Mcgonagall arahkan diorang dikurung tapi diorang berjaya larikan diri.
*Aku konpius lak aih. Camne dungeon tu boleh meletup? Nak tengok balik buku, buku da simpan dalam kotak. huhu...*



Scene tak tersiap pon. Nagini nampak pelik. Sungguh animated.




And this Bloopers!!

XD Rupert (Ron) ada masalah asyik sengih2. Haha!!



And this





Final Day T__T



Banyak je lagi pasal Harry Potter kat Youtube tu. Aku alpa la kejap melayan link-link kat tepi tu. haha!!

10 years of Harry Potter  =)



09 February 2012

Kerja Gila!


Entah la kenapa, boleh plak aku tetibe teringat pasal pengembaraan seorang diri di Holland. Dan bile aku ingat balik, aku daah buat 2 kerja gila yang kalau aku ingat balik, aku rase cam tak percaye. Inikan pula kalau aku bagitau kat mak abah lagi ni. Takmo aku bagitau. huhu...

sunrise di Schipol Airport


Kerja gila yang aku maksudkan adalah cycling. Tak cukup gila?

Aku seorang pensesat yang sejati. Suka sesat. Aku pergi sane sorang. Sume tahu kan? Apa yang gilanya dengan cycling?

Hajat pertama, aku just nak pergi from hotel aku tu ke Den Haag Centraal aje yang kalau naik tram ambik mase 20 minit ++. Aku pikir, aku cycling ni mesti la 30 minit kot. Bajet kayuh laju2 la.

Oh! Aku cycling selepas asar ok.

with beskal tua sewa. Besar gile ok beskal tu. Ni yang paling rendah die bagi kat aku. Tu pon asyik nak terjatuh jek. Huhu... Mak aih, selebet gile muke aku

Barely touch the ground! Ni dah habis tenjet, dah senget2 ah beskal tu tau. 


Bajet lagi konon reti sangat, aku ikut je la rail tram tu. Tak sedor diri yang tram tu bukan satu arah je. Bersimpang siur. Ape lagi, lost la. Tah ke mane2 tah aku pergi. Siap masuk kawasan terpencil, kedutaan2, tah mane2 tah aku pegi. 2 jam kot sesat. Hari makin gelap. Aku ni bila dah malam memang tak cam bangunan. Gila tak gila? Alhamdulillah jumpe jalan pulang. Tsskkk... Oh! Aku ade ikut sign board yang aku bajet aku paham kan, last2, route tu arah pergi ke highway Roterdam. O. o

Pastu aku tak serik.

Esoknye, nak kejar sunrise punye pasal la kan, aku gi cycling lepas subuh. Maksud aku, masuk je subuh, aku terus solat, terus siap2 nak keluar cycling nak kejar sunrise. Gelap weh!!!

Last2, sesat. Senyap sunyi je bandar Schveningen tu. Alhamdulillah jumpe jalan pulang.

Sudahnye, tak dapat tengok sunrise depan mate. Dari hotel aku tu nampak sunset je. So sunrise arah bertentangan la kan.


sunset depan hotel. 


Macam tak percaye je bile ingat2 balik yang aku seberani tu! Memang ko suke cari pasal sendri2 kan YanaSahri kan?! Mentang2 movie TAKEN tu die tunjuk kene culik dalam bilik hotel je. Boleh plak yakin gile takde pape kalau jalan2 malam2 kat Den Haag tu!

Terjumpe 2 orang jejaka Malaysia. Diorang yang tangkapkan gamba ni


OH!!! Ade lagi satu! Jalan malam2 sorang2 secara gagah berani kat Amsterdam! AMsterdam lain gile ngan Den Haag ok. Riuk pikuk Amsterdam tu same je malam dan siangnye. Well, what do you expect, sesat lagi~~~ Tapi muka selamba je gi tengok orang break dance, nyanyi2 tepi jalan, mabuk2. Baru jumpa jalan pulang =_="

Aku berani kan? kan? kan?

sunrise + air laut surut depan hotel



* But, aku just ingat je apa yang kak oja ajar. Tawakatul Alallah. Aku bergantung sepenuh-penuh-penuhnya pada Allah untuk jaga aku and guide aku. Sepneuh-penuh hati ni aku bergantung sungguh2 pada Allah. Thank You Allah!

08 February 2012

Lebih Best Daripada Ommmbbb....

Aku pon tak paham apsal ombak rindu boleh box office kaw2 berjuta-juta. huhu

Mula-mula teruja lah nak tengok. Orang dok kate best ape semua. Bila tengok, meeehhhh~~~~ kecewa la jugak. tapi babak last tu sebak la jugak.

Meh aku nak promot cerita melayu yang best and woth to watch. Lepas tengok Ombak Rindu, aku nonton drama bertajuk HATIKU DI KINABALU lakonan Zul Ariffin, Yana Samsudin ngan si jelita Irma Hasmie. Best drama simple ni. Tak ada watak antagonis pon seba masing2 dalam situasi yang kita paham kenapa diorang bertindak macam tu. Maka, silalah tonton. Memang best!



Cerita seterusnya adalah filem yang bertajuk SONGLAP. Lakonan Shahiezy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali? SONGLAP itu cerita gelap, sangat gelap. Cerita lorong yang tak pernah terfikir dek kebanyakan kita. Serius aku cakap, cerita tu sangat 'gelap'. Cara dia kupas plot menarik, dia bagi kita konflik demi konflik kemudian dia jawab satu persatu punca konflik tu. Cerita dia simple je, tapi plot dan olahan cerita tu menarik.



Aku memang suka kalau Syafie Naswip ni berlakon. Selambe jek style dia. Tahu filem Mukhsin? Dialah. Ada satu babak dalam filem ni yang buat aku nangis lagi. Maka, silalah tonton!!!!! Penulis skrip dan pengarah filem ni sama ngan yang buat drama KAMI kegemaran ramai itu, tak silap akulah. Maka bila aku kata sisi lain, 'gelap', unik dan pengolahan cerita yang menarik, aku agak korang boleh bayang kot ek. SILA TONTON!!



Seterusnya, filem omputih pulak. Peminat pakcik Dicarpio angkat tangan? Bukan minat kya~~ kya~~ tu, pakcik nidah tak handsome dah pon nak di kya~~~ kya~~!! kan. Maksud aku minat karya2 lakonan dia. Movie ni dah lama tapi aku baru tengok tahun lepas. THE DEPARTED tajuknya. Movie ni...sungguh....sungguh.....sungguh..... BEST! Aku dah kata aku tak suka action movie kan tapi ni lain. Ni ebih kepada fikir strategi kot ek. Tak tengok lagi? SILALAH TENGOK!!!




Seterusnya, filem Hindustan. Suka 3 Idiots? Maka, anda mesti suka filem yang bertajuk Taare Zameen Par. Masih berkisarkan tentang education systems yang kurang memuaskan hati dan tak berapa nak efisien. Tapi kali ni lebih menjurus kepada perkembangan dan pembelajaran budak sekolah rendah, pendidikan awal. Sikap ibu bapa dan guru yang tak alert pada ketidakupayaan seorang budak.



Tentang guru yang mengajar penuh ikhlas dan guru yang 'asal aku ajar sudah'. Cerita ni pasal seorang budak Dyslexia yang susah nak belajar dengan cara budak biasa belajar. WAJIB TONTON!!! Aku terus tengok filem ni bila Ustaz Hasrizal (SaifulIslam) yang buat review tentang filem ni. TONTON NOW!!!

note : Nak tengok J. Edgar pulak! Pakcik Leo berlakon jugak. Based on true story plak tu! Hehe...

note 2: sekarang lebih suka tengok or baca buku yang tak jiwang2, tak cintan cintun sangat. Daku sudah matang bukan? kihkihkih

06 February 2012

Menangis untuk dhia tapi......

Okey2, aku admit yang aku lembs sikit. Orang lain dah habis dah demam Tentang Dhia tapi aku baru nak buka mulut. Hehehe... Not bad la cite ni, nangis jugaklah aku. Hehe... (Comel gile Nora Danish berhijab!! Dan terkejut jugak aku tengok dia berlakon dalam ni hebat jugak. hehe)

Dah lama tak tengok drama melayu secare tengok. Biasenye aku dengar aje, tak tengok. Tapi Tentang Dhia ni orang pungpangpungpang best, aku hold dulu sammmpai la aku habis semua urusan, barulah aku tengok.



Sekarang bukan nak cerita pasal Tentang Dhia lah kan. Well, korang tahu lah kan drama2 tipikal Melayu ni, akan ade sorang mangsa yang dikeji diumpat oleh makcik2 kepoh atau sesiapa yang berhasad dengki. Berbomoh bagai. Lalu, aku tertanya2, realiti ni memang ade ke orang yang seantagonis macam dalam drama2 itu? AKU YAKIN ADA

Lalu, aku fikir lagi, diorang ni tak tengok ke drama2 melayu ni yek?

Andai mereka tengok;

a) Adakah mereka menyokong sepenuhnye watak antagonis tersebut lalu terbawa2 ke alam realiti?

b) Adakah mereka menangisi nasib si mangsa lalu mengutuk2 watak antagonis yang juga 'cermin' mereka itu? Adakah? Kalau mereka begini, mengapakah masih bersikap sama ketika di alam realiti? Kenapa?

Contohlah kan, yang suka bawak mulut, tambak tokok cerita, canang satu kampung, jumpa mangsa kat kedai, main perli-perli pulak (adegan biasa dalam drama melayu), diorang tak terasa ke dengan 'cermin' diorang dalam drama-drama tu?

Aku hairan ni....korang tak hairan ke? Ke boleh disimpulkan bahawa yang masih bersikap antagonis di alam realiti tu tak menonton drama melayu? Korang rase?????


31 January 2012

Let me Explain about this

TARAAAAAA~~~!!!

Eceh....wajah baru nampak..... Ape salahnye,  sempena tahun baru. Ecehhhh~~~~

Seperti tertulis di atas sana, name blog ditukar lagi =_="

Sumimasendeshita (mintak ampunn)

Usagi Biru Cute

Ape maksud sebalik itu? Sebelum tu, aku nak bagitau, apa2 di atas itu, di header itu adalah tentang aku.

Berbalik pada nama baru ni, actually aku nak buat Neko Biru Cute. Tapi, bila sebut neko biru (kucing biru), automatik orang akan ingat aku kipas-susah-mati makhluk karakter di bawah ini:

credit to wikipedia


Sebenarnye aku suke kucing. So, aku pon pikir punye pikir, aku pilih Usagi (Arnab) sebab arnab pon comel, aku pun suka arnab dan lahir di tahun arnab mengikut kalendar cina.

Biru sebab obviouly, bagi yang dah biasa datang lepak di blog ni, tahu yang biru itu warna kegemaranku. And cute sebab aku suka apa2 yang cute. Seperti Aku, eh....;p seperti kucing, arnab dan bayi =)

Usagi (Japanese) , Biru (Malay), Cute (English).... 3 bahasa, faham kan?

OK tak? Ke korang rase Meron Kerim Soda lagi best? (Melon krim soda tu favourite drink aku)

Berkenaan gambar header pula, I love Nature. Aku sangat suka akan alam ciptaan Allah ini. Subhanallah, cantik nye planet bumi ni kan?

# Aku suka Snow. Putih lambang kesucian dan kemurnian. Bak lirik dalam lagu 'Jalur Gemilang' : Putih mu bersih budi pekerti. Hehe....

# Aku suka pantai dan sunrise. Dan Holland (yes, itu gambar yang aku ambik mase sunrise kat Den Haag, Holland). Menikmati pemandangan di tepian pantai mahupun laut adalah sungguh tenang, nyaman dan merelaxkan hati dan minda.

# Gambar last, aku suka autumn and daun ginkgo yang kekuningan. Aku paling suka musim luruh dan aku jugak lahir dalam musim luruh, Bulan Oktober. =)

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang header baru aku. Kalian udah ngerti?

Fuh!! Sungguh mendalam sekali makna tajuk dan header aku kali ni kan? kehkehkehkeh!!!!!!

Note : Aku tak tahu apsal aku tak boleh edit sidebar sebelah ni. Error. Tengah ngadu kat blogspot ni. Huhu...